Wan Abd Rahim Wan Abdullah

Haji Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah, juga dikenali sebagai Cikgu Wan Rahim, merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan dari PAS. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Muhammad Fatmi Che Salleh dengan majoriti sebanyak 11,288 undi. Beliau memperolehi 32,129 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 20,841 undi.Sebelum ini,beliau merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan (1995-2008)

Darjah kebesaran

  • Beliau telah dikurniakan Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan yang membawa gelaran Dato' pada 2004 oleh Sultan Ismail Petra, namun gelaran tersebut telah ditarik balik oleh anakanda baginda, Sultan Muhammad V pada 7 Februari 2018 yang lalu.
Parti Gabungan: Pakatan Rakyat
Parti: PAS
Kerusi: P32 Gua Musang
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU13
Sejarah PRU:
  • PRU12- P21 Kota Bharu
  • PRU13- P32 Gua Musang