Yang Berhormat Dr Mohd Hatta Ramli adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Beliau merupakan Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Pengarah Pilihanraya AMANAH Nasional.
Beliau menyertai Parti Amanah Negara (PAN) pada 16 Mei 2015 membentuk komposisi baharu di dalam Parlimen melalui Pakatan Harapan selepas Parti Islam SeMalaysia (PAS) keluar dari Pakatan Rakyat dan membentuk kumpulan pembangkang yang ketiga, Gagasan Sejahtera.