Devamany A/L Krishnasamy

Dato' Seri Devamamy S. Krishnasamy juga dikenali sebagai S.K. Devamany adalah seorang ahli politik Malaysia dan kini merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika menjadi Ahli Parlimen bagi kerusi Cameron Highlands di Pahang.

Jawatan yang pernah disandang

  • Timbalan Presiden MIC
  • Bendahari Kehormat MIC 
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • Speaker Dewan Undangan Negeri Perak
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: MIC
Kerusi: P62 Sungai Siput
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14
Sejarah PRU:
  • PRU11- P78 Cameron Highlands
  • PRU12- P78 Cameron Highlands
  • PRU13- P62 Sungai Siput
  • PRU14- P62 Sungai Siput
  • Lulusan Institut Perguruan Pendidikan Khas di Cheras, Kuala Lumpur
  • Lulusan ijazah di dalam Kesusasteraan Melayu daripada Universiti Malaya (UM)