Mohd Shafie Apdal

Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, SPMP., PGDK., DSAP., DMSM., JP (lahir 20 Oktober 1957) adalah bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia pada tahun 2009-2015.

Dilahirkan di Semporna, Sabah,Beliau berketurunan Bajau dari daerah Semporna. Dato' Seri Mohd Shafie memperoleh Diploma dalam Pengurusan dan dalam Perkapalan dari Kolej Perniagaan London, dan Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dengan Kepujian daripada Politeknik Staffordshire Utara (sejak 1992, Universiti Staffordshire) di England.

 

  • Ketika UMNO mula bertapak di negeri itu, beliau telah menyertai parti itu dan terpilih sebagai Exco Pemuda UMNO bagi penggal 1993/1996 setelah mendapat tempat ke-12 dengan jumlah 198 undi. Pada tahun 1995 beliau telah dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Semporna dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah. Mohd Shafie menyandang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan antara 15 Mei 1995 dan 24 Mei 1999. Beliau menjadi Ahli Parlimen Kawasan Semporna, Sabah pada tahun 1995 dan berjaya mengekalkan kerusi parlimen sehingga kini (2006). Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 25 Mei 1999 dan kemudian berpindah ke Kementerian Pertahanan untuk menyandang jawatan Timbalan Menteri antara 14 Disember 1999 dan 29 Mac 2004. Antara tahun 2000 dan 2003, Mohd Shafie juga menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
  • Mohd Shafie dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia pada 30 Mac 2004, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian diberikan pula portfolio Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.
     
Parti Gabungan: Parti Warisan Sabah
Parti: WARISAN
Kerusi: P189 Semporna
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14
Sejarah PRU:
  • PRU11- P189 Semporna
  • PRU12- P189 Semporna
  • PRU13- P189 Semporna
  • PRU14- P189 Semporna
  • PRU14- P189 Semporna N53 Senalingan