Pertandingan tiga penjuru di PRK DUN Slim

TANJUNG MALIM - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.

Calon BN, Mohd Zaidi Aziz, 43, yang bertanding bagi mempertahankan kerusi DUN Slim bakal dicabar calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang mewakili parti baharu ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Seorang lagi calon Bebas adalah S Santharasekaran, 44, yang merupakan Presiden Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia (Perkam).

Pengumuman senarai calon yang bertanding dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Shamsul Ridzuan Idris pada jam 10.35 pagi selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Tanjong Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) di sini ditutup pada jam 10 pagi.

“Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan itu dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati dan memutuskan tiada calon yang ditolak pencalonan,” katanya ketika mengumumkan nama-nama calon bertanding di sini sebentar tadi.


 

Mohd Zaidi AzizAmir Khusyairi Mohamad TanusiS SantharasekaranPRK DUN Slim tiga penjuru BN Bebas
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :