PRK Rantau kukuhkan kerjasama UMNO, Pas

SEREMBAN - PRK DUN Rantau dianggap sebagai istimewa buat Pas kerana buat pertama kalinya jentera parti itu bergabung dengan UMNO.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, setiap gerak kerja sepanjang kempen dibincang dan disusun bersama.

"Pada PRK Rantau ini Pas tidak ada jentera sendiri dan saya rasa kerjasama kita semakin hari semakin kuat.

"Kita bergabung terus dengan UMNO dengan melaksanakan apa yang telah dirancang bagi memenangkan Mohamad," katanya ketika ditemui selepas pengumuman rasmi keputusan PRK Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Seri Sedayan di sini.

Menurutnya, PRK Rantau adalah kertas uji bagi mengukur tahap kerjasama antara Pas dan UMNO di bawah agenda perpaduan ummah.

Mengenai perbincangan lanjut kerjasama antara Pas dan UMNO, Takiyuddin berkata, strategik dan syarat kerjasama rasmi antara UMNO dan Pas akan dibincangkan dalam mesyuarat kedua-dua parti sebelum ia dimuktamadkan 17 April ini.

"Secara dasarnya Pas sudah mempunyai hubungan rasmi yang baik dengan MIC dan akan mengatur pertemuan antara MCA dengan kerajaan Pas Terengganu dan Kelantan dalam masa terdekat.

"Pertemuan itu bagi membolehkan MCA memahami dasar dan pendekatan Pas sekali gus mewujudkan persefahaman yang akan menguntungkan kedua-dua pihak," katanya.

Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan diumumkan menang dengan majoriti 4,510 undi menewaskan calon PH Dr S Streram dan dua calon Bebas, Mohd Nor Yassin dan R. Malar.

ARTIKEL BERKAITAN: Rantau Tok Mat 'punya'

ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular