4,914 kekosongan jawatan tetap KKM dibuka bermula hari ini
6 Januari 2023
Dr Zaliha Mustafa. - Foto BernamaPUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan 4,914 kekosongan jawatan tetap bagi tahun ini.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu terdiri daripada 4,263 jawatan
pegawai perubatan, pegawai pergigian (335) dan pegawai farmasi (316).
Menurutnya, iklan kekosongan jawatan itu dibuka mulai hari ini sehingga 21 Januari.
"Saya berharap calon yang layak dapat mengisi permohonan dan mengemukakan segera maklumat yang lengkap," katanya dalam ucapan Majlis Amanat Tahun Baharu 2023, di sini pada Jumaat.
Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Harjeet Singh dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
AKAN MENYUSUL
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :