Sivaraajh cari rumah Kayveas?

CAMERON HIGHLANDS - Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C. Sivaraajh secara sinis memaklumkan ada mencari lokasi rumah Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas di Parlimen itu.

"Beliau kata dari sini tapi saya pun tak pasti rumah dia di mana. Saya cari rumah dia.

"Saya dah lapan bulan jadi Ahli Parlimen di sini (sebelum dibatalkan kemenangan), saya pun cari di mana rumah Kayveas di sini," katanya ketika ditemui pada program Pesta Ponggal di Ringlet, Cameron Highlands, malam tadi.

Sebelum ini, Kayveas mendakwa MIC tidak pernah layak menjadi wakil rakyat di Parlimen ini dan menyifatkan Cameron Highlands sebagai kampungnya serta mengetahui selok belok kawasan ini.

Namun menurut Sivaraajh, kesemua calon luar yang dipertaruhkan BN sebelum ini semua berjaya menawan kawasan tersebut.

"Beliau kata calon luar tak layak tapi calon luar semua menang.  Saya rasa Kayveas tak layak cakap pasal calon BN kerana beliau bukan lagi bersama BN.

"Saya rasa beliau tidak layak bercakap tentang MIC atau BN kerana beliau tidak pernah menjadi calon di sini dan tidak pernah menang di sini.

"Saya pernah dan pimpinan MIC lain juga pernah menang di Cameron Highlands untuk berkhidmat kepada rakyat di sini," katanya.

Kayveas sebelum ini menarik perhatian selepas mengumumkan bakal bertanding dalam PRK kali ini namun menarik diri pada saat akhir dipercayai selepas menerima tekanan.

PRK Cameron Highlands
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :