Henti amalan politik wang di PRK Cameron Highlands

SEREMBAN – “Saya harap amalan politik wang tidak berulang lagi pada PRK Camaron Highlands ini," demikian tegas Pengerusi PH Negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun ketika diminta mengulas isu politik wang yang dilaporkan berlaku di Cameron Highlands.

Menurutnya, semua pihak harus ingat bahawa PRK di Cameron Highlands berlaku disebabkan amalan politik wang semasa PRU14 lalu.

Justeru itu, beliau berkata, kesilapan sama tidak seharusnya berulang.

“Saya menasihatkan kepada semua pihak biarlah ia berjalan secara  sistem demokrasi. Pihak yang menuduh pula perlu tampil membuktikan politik wang benar-benar berlaku.

“Kita tahu rakyat di Cameron Highlands sekarang ini lebih bijak untuk menilai dan memilih pemimpin mereka demi memastikan kepentingan serta pembangunan di sana,”katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, negara perlu ada politik baharu bagi mengelakkan politik wang daripada terus berlaku.

“Saya harapkan rakyat lebih bijaksana untuk memilih bagi memastikan negara dapat ditadbir dengan lebih baik pada masa akan datang," katanya.

PRK Cameron Highlands
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :