Pas yakin terima undi Umno dalam PRK PD

SHAH ALAM - Calon Pas PRK Port Dickson, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar menyatakan keyakinan undi ahli Umno akan diberikan kepada parti tersebut.

Katanya, walaupun pucuk pimpinan Umno tidak meletakkan calon dan membantu Pas, namun akar umbi Umno menyatakan sokongan kepada parti itu.

"Saya telah pergi ke semua cawangan Umno di Port Dickson, saya belum melihat satu pun penolakan terhadap calon Pas. Walaupun pada awalnya ada percanggahan pendapat tetapi akhirnya ia diterima baik.

"Secara jelas saya boleh katakan majoriti pengundi Umno akan diberikan kepada Pas. Bagi PH mungkin hanya sedikit sahaja undi kepada mereka iaitu dakam kalangan anak muda yang belum berkahwin. Bagi mereka yang telah berkahwin mereka merasai kesempitan hidup di bawah kerajaan baharu ini," katanya dalam Wacana Siri ke 72, Port Dickson Pasca PRK: Apa Harapan Rakyat, hari ini.

Mohd Nazari MokhtarPAS