perjuang nasib miskin bandar

PETALING JAYA - Calon Pas PRK Seri Setia nekad perjuangkan nasib pengundi miskin bandar yang tinggal di perumahan kos rendah dan sederhana.

Dr Halimah Ali berkata, beliau mendapati penduduk di kawasan tersebut perlu dibantu dari segi infrastruktur dan kebajikan.

Menurutnya, pengalamannya di Selat Klang akan digunakan sebaiknya untuk membantu kelompok itu mendapat kehidupan yang lebih baik.

"Tinjauan saya di Lembah Subang dan Desa Ria mendapati penduduk di kawasan ini hidup dalam kemiskinan walaupun duduk di bandaraya.

" Isu lif, kebersihan dan keselamatan antara masalah utama dihadapi penduduk. Aspek pendidikan dan pendapatan turut menjadi fokus bagi meningkatkan taraf hidup mereka," katanya.

Katanya, beliau akan membuat kajian dan mengaudit permasalahan utama di kawasan tersebut yang akan diselesaikan secara berperingkat.

"Saya menubuhkan task force khusus untuk atasi kemiskinan sewaktu menjadi Adun Selat Klang dan telah menambah baik Pangsapuri Sri Perantau yang turut menghadapi masalah sama seperti di sini.

"Pengalaman saya dapat membantu pembangunan di kawasan ini memandangkan situasi yang dihadapi penduduk di Selat Klang dan Seri Setia tidak jauh berbeza," katanya.

Dr Halimah memulakan kempen hari ini dengan sarapan pagi dan walkabout di pasar pagi Taman Medan sebelum menjalankan ziarah di Desa Ria dan meraikan pasangan pengantin di kawasan sama.

Dr Halimah AliPas Seri Setia
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :