Musa Aman angkat sumpah Ketua Menteri malam ini

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman dijangka mengangkat sumpah secara rasmi sebagai Ketua Menteri Sabah selepas gabungan BN mencapai majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.

Angkat sumpah berkenaan juga menandakan ia penggal keempat Musa mengetuai kerajaan negeri sejak pelantikan pada 2003 mengikut sistem penggiliran.

Musa menjadi ketua menteri selepas mengetuai kemenangan BN pada pilihan raya umum 2004.

Bagaimanapun, Musa yang juga Adun Sibuga berjaya mempertahankan jawatan itu selepas BN Sabah menang majoriti selepas dua calon Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengumumkan menyokong BN.

Angkat sumpah itu dijangka berlangsung di Istana Negeri pada pukul 8.30 malam.

Musa AmanBN