Zambry hadir bersama keluarga

PANGKOR - Calon BN bagi kerusi Parlimen Lumut dan Dun Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tiba di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, Pangkor pada jam 9.45 pagi.

Beliau tiba bersama isteri Datin Seri Saripah Zulkifli dan anak yang juga turut membuang undi di sekolah berkenaan.

Zambry yang bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen Lumut akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara  Zambry dan calon Harapan, Dr Mohd Hatta Md Ramli manakala Mohammed Zamri Ibrahim mewakili Pas.

Manakala bagi kerusi Dun Pangkor pula melibatkan pertembungan antara Harapan diwakili  Komander (B) Nordin Ahmad Ismail dan Pas diwakili oleh Zainal Abidin Saad.

Zambry juga dilihat sempat bertemu dan beramah mesra dengan pengundi di pusat mengundi berkenaan.

Bagi Dun Pangkor terdapat seramai 24,755 pengundi dan jumlah keseluruhan pengundi bagi Parlimen Lumut seramai 67,157 pengundi.

Dr Zambry Abd KadirPangkor
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :