9,356 pegawaI, anggota polis siap siaga hadapi PRN Sarawak

GOMBAK - Seramai 9,356 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia sudah bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pasukannya sudah melakukan segala persiapan dari segi modal insan bagi menjamin keselamatan awam sepanjang proses PRN tersebut.

"Seramai 9,356 pegawai dan anggota polis yang sedia ada di negeri berkenaan ketika ini adalah mencukupi.

"Kita juga akan menurunkan pasukan dari Bukit Aman untuk membantu kekuatan pegawai dan anggota tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini pada Isnin.

Pada Rabu lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 Sarawak.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 6 Disember manakala pengundian awal ialah pada 14 Disember.

ARTIKEL BERKAITAN:KKMM, Sarawak bincang kempen PRN guna media rasmi kerajaan

ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :