DAP masih kukuh di Bahau?

BAHAU - Tinggal beberapa hari lagi untuk rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka terhadap negara demokrasi ini.

Aktiviti berkempen calon kawasan masing-masing tampak semakin agresif baik parti berhaluan kanan mahupun yang kiri.

Lebih menarik lagi, sekurang-kurangnya 4,000 penyokong membanjiri Ceramah Perdana PKR di Dataran Taman Meranti di sini.

Mungkinkah ini dinamakan senario yang mampu menggugat ‘ketenteraman’ BN di Dun Bahau khasnya dan Parlimen secara amnya.

Calon DAP Dun Bahau, Teo Kok Seong berkata, walaupun BN mempunyai sumber yang jauh lebih banyak tetapi pihaknya tetap mendapat sokongan yang amat menggalakkan.

“Bagi saya ini senario yang menunjukkan kebangkitan rakyat. Kita akan terus bekerja kuat, di mana saya akan terus berganding dengan rakan-rakan PKR.

“Kita juga berharap bukan sahaja dapat pertahankan kerusi di Dun Bahau tetapi mencipta rekod di Parlimen Jempol juga seluruh Dun di bawahnya,” katanya.

Kok Seong turut mengakui berpuas hati dengan kehadiran rakyat yang masih kukuh menyokong PKR.

“Malam ceramah kita sediakan 2,000 kerusi dan penuh. Apabila lihat sekitarnya ia turut dibanjiri orang ramai yang boleh kita katakan ia mencecah 4,000 orang sekurang-kurangnya,” katanya.

Kok Seong berkata, pihaknya yakin rakyat akan membuat keputusan bijak pada hari penentuan nanti.

“Kita ada kurang lima hari lagi untuk berkempen, maka kerja kuat akan diteruskan agar rakyat terus menyokong dan seterusnya mencipta sejarah tersendiri dalam pembentukan kerajaan,” katanya.

Teo Kok SeongBahau
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :