Parlimen Lumut tanding tiga penjuru

SERI MANJUNG - Timbalan Presiden Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia yang dikatakan bakal bertanding calon bebas di kerusi Dun Pangkor Leman Kanaullah tidak muncul sehingga proses penamaan calon selesai menjadikan kerusi berkenaan hanya melibatkan pertembungan tiga penjuru antara BN, Pas dan Harapan.,

Calon BN diwakili Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir manakala Komander (B) Nordin Ahmad Ismail yang mewakili PKR-Bersatu dan Pas diwakili Zainal Abidin Saad.

Zambry juga turut bertanding di kerusi Parlimen Lumut bakal berdepan dengan Mohammed  Zamri Ibrahim dari Pas manakala Harapan diwakili oleh Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Kerusi Dun Pasir Panjang juga melibatkan pertembungan tiga penjuru melibatkan BN yang diwakili penyandangnya Datuk Rashidi Ibrahim, Pas diwakili Rohawati Abidin dan Harapan diwakili oleh Yahaya Mat Nor.

Pengumuman calon dilakukan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Lumut, Mohd Helmi Arifin kira-kira 12.22 tengah ha

Leman KanaullahZambry Abd KadirLumut Pangkor
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular