Mohamad menang tanpa bertanding di Dun Rantau

REMBAU - Calon BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan melakar sejarah tersendiri apabila menang tanpa bertanding bagi kerusi Dun Rantau pada PRU14.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Amino Agus Suyub sekitar jam 11.13 pagi tadi.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menerima satu pencalonan iaitu daripada Mohamad dalam tempoh ditetapkan.

Sementara itu, tiada pendaftaran diterima daripada calon Harapan Negeri Sembilan, Dr S Streram.

Beliau tidak dibenarkan ke Dewan Seri Rembau, di sini, untuk melengkapkan proses pendaftaran berikutan didakwa tidak mempunyai pas masuk.

Mohamad HasanBN Negeri Sembilan Rantau
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :