Tak jadi bertanding, borang tidak lengkap

KUANTAN - Seorang ahli perniagaan, Joseph Tang ,40, yang mahu  bertanding sebagai calon Bebas di Semambu kecewa kerana  gagal menyediakan borang yang lengkap.

Dia tiba di pusat penamaan calon kira - kira jam 9 pagi.

"Saya beli borang minggu lalu, sebaik tiba  di lokasi dimaklumkan  dokumen tidak cukup.

"Saya tidak ada pengalaman jadi perkara ini akan jadi pengajaran kepada saya jika mahu bertanding pada PRU akan datang,"katanya.

Katanya, dia mendapat sokongan di media sosial supaya menjadi calon Bebas di Semambu.

Joseph TanBebas Semambu
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :