REMBAU - Nasib calon Harapan Negeri Sembilan dari PKR bagi Dun Rantau, Dr S Streram masih jadi tanda tanya.
Ini berikutan beliau tidak dibenarkan masuk ke Dewan Seri Rembau di sini, sejak pagi tadi untuk melengkapkan proses pendaftaran sebagai calon.
Difahamkan, situasi itu berlaku disebabkan Streram tidak mempunyai pas masuk ke premis berkenaan.
Sehubungan itu, ribuan penyokong Harapan Negeri Sembilan yang hadir sejak pagi tadi, menuntut agar calon mereka diberi kelonggaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Nasib Streram hanya akan diketahui melalui pengumuman rasmi pegawai bertugas, bila-bila masa dari sekarang.
Sekiranya Streram tidak dibenarkan mendaftar sebagai calon, berkemungkinan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan akan menang tanpa bertanding.