Tak gentar bertanding meskipun bersaudara

YAN - Meskipun mempunyai pertalian kekeluargaan dengan calon BN bagi kerusi Parlimen Jerai iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Calon Pas kerusi berkenaan, Sabri Azit tidak gentar untuk bertanding pada PRU14 ini.

Sabri, 52, berkata, ini adalah amanah jemaah parti dan beliau perlu melaksanakannya dengan baik.

Katanya, dari segi kekeluargaan beliau dan Jamil Khir mempunyai hubungan yang sangat baik.

“Saya sangat baik dengan Datuk Seri Jamil memandangkan kami adalah dua pupu,” katanya.

Menurut Sabri, meskipun pengalaman politik mereka berdua berbeza, namun beliau yakin dengan semangat yang ada pada ahli Pas Jerai mampu memberi sinar kepada parti.

“Kita boleh tengok fenomena politik Jerai yang tidak menentu ada ketika Pas juga pernah menang dan Insya-ALLAH kita akan berusaha sehabis baik,” katanya.

Sabri yang merupakan lulusan Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam meninggalkan bidang perguruan bagi memegang amanah daripada Pas.

“Saya pernah berkhidmat dengan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Ustaz Azizan dan pengalaman inilah akan saya guna pakai untuk memastikan Jerai memperoleh kemenangan kepada Pas,” k

Jamil Khir BaharomSabri AzitPas Jerai
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :