‘politik bukan tempat cari makan’

JOHOR BAHRU - Politik bukan tempat cari makan, sebaliknya ia adalah platform bagi membantu rakyat.

Bekas Adun Layang-Layang, Abd Mutalib Abd Rahim berkata, beliau telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dan exco kerajaan negeri selepas dipilih rakyat selama sepenggal.  

“Saya dah buat kerja saya dan selesaikan dalam tempoh lima tahun,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Skim Perlindungan Takaful Rakyat Johor, di sini, semalam. Abd Mutalib adalah antara ahli BN negeri yang tidak dicalonkan semula pada PRU14 nanti.  

BN telah mencalonkan Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Datuk Onn Hafiz Ghazi bagi kerusi Dun Layang-Layang.

Justeru itu, beliau berkata, mana-mana individu yang tidak tercalon, dipilih kembali atau digugurkan perlu bersabar dan terus membantu parti meraih kemenangan.

Dalam pada itu, Abd Mutalib juga menasihatkan calon baharu agar komited ketika berkempen.

Pada PRU13, Abd Mutalib menewaskan calon PKR, Mohd Ishak Shir Mohd dengan majoriti undi 2,518.

Abd Mutalip Abd RahimLayang-layang BNOnn Hafiz Ghazi
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :