Datuk Seri Dr Ronald Kiandee merupakan ahli Parlimen Beluran, Sabah yang kini menyandang jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan bermula pada 10 Mac 2020.
Beliau merupakan ahli dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan juga sebahagian komponen dari parti Perikatan Nasional (PN) di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Sebelum ini, beliau merupakan ahli UMNO dalam gabungan Barisan Nasional (BN) yang kemudian menjadi ahli Bebas pada 12 Disember 2018 sebelum menyertai Bersatu.
Beliau memegang jawatan Ahli Parlimen Beluran sejak 1999 sehingga kini.
Malah pernah memegang jawatan Timbalan Speaker Parlimen dari 2008 hingga 2018 dan pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) dari 2018 hingga 2019.
Dilahirkan pada 10 Januari 1961, beliau memiliki kelulusan tertinggi iaitu Ijazah Doktor Falsafah dalam sosiologi politik dari Universiti Sains Malaysia (USM).