Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (lahir 10 Oktober 1950) ialah ahli politik UMNO/Barisan Nasional dari negeri Kedah, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bakar Bata dan Menteri Besar Kedah yang ke-12. Ahmad Bashah juga diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah bagi menghadapi PRU13. Beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar. Ahmad Bashah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah setelah pendahulunya Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan pada 4 Februari 2016.