Mukhriz Mahathir

Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr Mahathir (dilahirkan pada November 1964) ialah anak kelima bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Antara 2009 dan 2013, beliau menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Selepas Barisan Nasional menguasai Kedah pada pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kedah ke-11 pada 6 Mei 2013. Pada 3 Februari 2016, beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Jawatan yang pernah disandang

  • 2009-2013: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
  • 2013-2016: Menteri Besar Kedah
  • Ahli Dewan Undangan Kedah untuk N4 Ayer Hitam
  • Ahli Parlimen Malaysia untuk P5 Jerlun, Kedah

 

 

Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P5 Jerlun
  • PRU14- P5 Jerlun

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P5 Jerlun N4 Ayer Hitam
  • PRU14- P6 Kubang Pasu N6 Jitra

Pendidikan

  • Ijazah  Pentadbiran Peniagaan , Universiti Sophia, Tokyo, Jepun 
  • Ijazah Pemasaran, Boston University