Azlan Man

Dato' Seri Azlan Man (lahir di Kampung Belat Batu, Arau, 2 September 1958; umur 59 tahun) ialah Menteri Besar Perlis yang terkini sejak Mei 2013. Dalam pilihan raya umum Malaysia 2013 beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis Pauh.

Pencapaian
Kerjaya:
  • 1983: Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) 
  • 1985 : Konsul Malaysia di Toronto, Kanada 
  • 1992: Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Luar 
  • 1999: Kaunselor Misi Tetap Malaysia ke PBB di Amerika Syarikat
  • 2003:  Setiausaha bahagian Afrika dan Sahara Selatan di Kementerian Luar
  • 2011:  Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam
  • 2013: Menteri Besar Perlis
     
Pendidikan:
  • Sarjana Ekonomi Antarabangsa dari Universiti Denver, Amerika Syarikat, 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P3 Arau N11 Pauh
  • PRU14- P2 Kangar N6 Bintong