Mohd Salleh Said Keruak

Maklumat Diri
Asal
Kota Belud, Sabah
Tarikh lahir
10/7/1957
Pasangan
Datin Seri Panglima Datuk Raya Erom
Anak
Mohd. Syarulnizam, Syazeera, Mohd. Hafeez, Syeera

Datuk Seri Panglima Dr Mohamed Salleh Tun Haji Mohamed Said dilahir 9 Julai 1957) adalah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, menggantikan Juhar Mahiruddin. 

Beliau adalah Ketua Menteri Sabah ke-9 dari Disember 1994 hingga Mei 1996. 

Beliau juga merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia sejak 2015 sehingga 2018. 

Mendirikan rumah tangga dengan Raya Erom dan dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Anaknya Mohd Syarulnizam, Mohd Hafeez, Syazeera dan Syeera.

Bapanya Mohamed Said Bin Keruak pernah dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah ke-4 dan Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-7. 

Dalam parti UMNO, beliau adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah. Beliau juga mempengerusikan Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO)/ United Sabah Bajau Organisation.

Pencapaian
Kerjaya:


Jawatan yang pernah disandang dalam kabinet

  • Pegawai Daerah Kota Belud (1984 – 1985)
  • Menteri Kewangan Negeri
  • Menteri Negara bagi Kerajaan Tempatan dan Perumahan
  • Timbalan Ketua Menteri Negara
  • Setiausaha Politik dari 1 Januari 1985 hingga 15 Mac 1985
  • Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah
  • Ketua Menteri Sabah ke-9 dari Disember 1994 hingga Mei 1996
  • Penasihat Sains dan Teknologi bertaraf menteri 4 Januari 2010
  • Speaker DUN Sabah 12 Januari 2011
  • Ahli Dewan Negara
  • Timbalan Pengerusi Perhubungan Sabah
  • Ketua Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO)/ United Sabah Bajau Organisation
  • Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim 1 Januari 2011
  • Menteri Komunikasi dan Multimedia 2015-(kini)

Jawatan yang pernah disandang dalam parti

  • Pengerusi PBS Bahagian Usukan 1990
  • Ketua UMNO Bahagian Kota Belud
  • Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah 1 Januari 1995 hingga 28 November 1996
  • DUN Usukan pada Pilihan raya Negeri Sabah 1994
  • Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO  1996/1999
  • Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO  2000/2003
  • Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri bagi penggal 2000/2003
  • Ketua UMNO Bahagian Kota Belud 2001/2003
Pendidikan:

Ijazah Sarjana Muda B. A. (Sains Politik), Universiti Simon Fraser, Kanada.
Ijazah Sarjana (Master) Sains dalam bidang Politik dan Kerajaan, Universiti Putra Malaysia.
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Politik dan Kerajaan di Universiti Putra Malaysia.

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU11

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P169 Kota Belud

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan Mohd Salleh Said Keruak