MOHD SUHAIMI BIN ABDULLAH

Dato' Haji Mohd Suhaimi Abdullah adalah merupakan mantan Senator dalam Dewan Negara Malaysia yang dilantik sebagai wakil dari Dewan Undangan Negeri Kedah.

Beliau telah memenangi kerusi Pengerusi Tetap pada Pemilihan Agung BERSATU 2020 lalu.

Beliau juga telah menggantikan tempat Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri Kedah setelah Mukhriz terpecat secara automatik keahlian kerana menyokong pembangkang di Dewan Rakyat Malaysia.

Mohd Suhaimi merupakan calon Perikatan Nasional (PN) mewakili BERSATU bertanding bagi kerusi Parlimen P4-LANGKAWI pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 13518 undi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri Kedah
  • Bekas Senator dalam Dewan Negara Malaysia
  • Pengerusi Tetap Bersatu Malaysia
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P4 Langkawi

Kerusi Bertanding DUN: Tiada