Idris Haron

Maklumat Diri
Asal
Kampung Relau, Asahan Jasin
Tarikh lahir
13/5/1966
Pasangan
Datin Seri Utama Fadilah Abdullah
Anak
5

Datuk Seri Idris Haron merupakan Ketua Menteri Melaka kesepuluh, menyandang jawatan tersebut dari 7 Mei 2013 sehingga Mei 2018.

Beliau pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dari Mac 2008 sehingga April 2009 dan Ahli Parlimen Tangga Batu dari Mac 2004 sehingga Mei 2013.

Anak watan Kampung Relau, Asahan Jasin Melaka ini mendapat pendidikan tertinggi dengan kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dari University of Texas, Amerika Syarikat.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah ini, berkahwin dengan Datin Seri Fadilah Abdullah pada tahun 1993. Mereka dikurniakan lima anak iaitu Luqman Hakim, Amira, Aisyah, Muhammad Ebnu dan Muhammad Imran.

Semasa pemilihan UMNO 2018, Idris gagal mengekalkan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka dan Ketua Bahagian UMNO Tangga Batu.

Bagaimanapun semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, beliau mengekalkan kerusi DUN Sungai Undang yang dimenanginya penggal sebelumnya.

Idris dari Barisan Nasional (BN) menang dengan mendapat 10,073 undian ketika menentang Mohd Lokman Abdul Ghani dari Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 7,844 undi dengan majoriti undi sebanyak 2,229.

Pada Oktober 2021, Idris dan tiga ADUN Perikatan Nasional (PN) lain mengisytiharkan penarikan sokongan terhadap Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali menyebabkan kerajaan negeri PN Melaka tumbang dan Tuan Yang Terutama, Tun Mohd Ali Rustam membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka.

Idris menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam PH dan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15 atas tiket PH di DUN Asahan.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Sungai Undang (2013 hingga kini)
  • EXCO Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau (2020 hingga kini)
  • Ketua Menteri Melaka (2013 hingga 2018)
  • Ahli Parlimen Tangga Batu (2004 hingga 2013)
  • Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (8 Mac 2008 hingga 8 April 2009)
  • Yang Dipertua Majlis Daerah Alor Gajah (2000)
  • Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (2002)
  • Pengurus Bisnes TNB Distribution Sdn Bhd Melaka (1999)
  • Pengurus Operasi dan Penyelenggaraan TNB Jasin, Melaka (1998)
  • Pengurus Struktur & Perancangan, TNB Kajang, Selangor (1993)
  • Jurutera Operasi TNB Kajang, Selangor (1991)
  • Jurutera Utiliti LLN Kajang, Selangor (1989)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka
  • Ketua Pemuda UMNO bahagian Tangga Batu
  • Ketua Penerangan UMNO Melaka

Jawatan disandang dalam badan bukan berkanun:

  •  Ahli Jawatankuasa Eksekutif Global (GexCom) dan Penasihat Majlis Antarabangsa Inisiatif Alam Sekitar Tempatan (ICLEI) (2020 hingga kini)
  • Naib Setiausaha Kelab Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC) (2004 hingga 2008)
  • Pengerusi Sektor Belia, Dunia Melayu Dunia Islam (2003)
  • Pengarah Pergerakan Pemuda 4B (2003)
  • Penyelaras Pergerakan Pemuda 4B Negeri (2003)
  • Presiden Majlis Belia Malaysia bagi Negeri Melaka (2002)
  • Ketua Majlis Bandaraya Alor Gajah, Melaka (2001 hingga 2004)
  • Penasihat Pembangunan Belia Alor Gajah dan Pengerusi Pencegahan Masalah Sosial, Melaka (2001)
  • Pengerusi Penyelaras Persatuan Belia 4B Paya Rumput, Melaka (1999 hingga 2003)
  • Naib Pengerusi Persatuan Belia 4B di Cawangan Batu Berendam (1998 hingga 2003)
  • Pengerusi Biro Agama GB4B (1998)
  • Pengerusi Kelab Penerbangan GB4B, Melaka (1996 hingga 1998)
  • Pengasas Persatuan Belia 4B di cawangan Klebang Kecil (1994)

Anugerah:

  • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) (2015)
  • Bintang Jasa Belia Malaysia - Penghargaan Terhormat dari Majlis Belia Malaysia (MBM)(2015)
  • Bintang Semangat Padi Perak dari Persatuan Pengakap Diraja Malaysia (2014)
  • Doktor Kehormat dalam Pembangunan Belia Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (2013)
  • Doktor Kehormat dalam Pengurusan Kejuruteraan dari UTEM (2013)
  • Anugerah Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM)(2013)
  • Anugerah Darjah Cemerlang Seri Melaka (2011)
  • Anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (2005)
  • Tokoh Maal Hijrah Kategori Belia (2003)
  • Tokoh Kepimpinan Belia Negara (2003)
  • Anugerah Kehormat Darjah Seri Melaka (2002)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal University of Texas, Amerika Syarikat (1989)
  • Latihan intensif bahasa Jepun di Institusi Teknologi Mara (ITM)(1993)
  • Latihan intensif English ITM (1984)
  • Sekolah Tinggi Sains Muzaffar Shah (1979 hingga 1983)
  • SRK Kubu (1977 hingga 1978)
  • SRK Asahan (1973 hingga 1977)
  • SRK Belading (1973 hingga 1977)
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Bekoh (1973 hingga 1977)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Melaka

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P136 Tangga Batu
  • PRU12- P136 Tangga Batu

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P136 Tangga Batu N11 Sungai Udang
  • PRU14- P136 Tangga Batu N11 Sungai Udang
  • PRN DUN Melaka- P135 Alor Gajah N10 Asahan