Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar

Datuk [email protected] Khan Bahadar menjadi ADUN Kawang selama empat penggal sejak 2004 dan kini penyandang kerusi tersebut.

Merupakan ahli UMNO sebelum meninggalkan parti itu pada 2019 untuk menyertai Bersatu.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah.

Pada PRN Sabah ke-16, besan kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ini bertanding di kerusi DUN Kawang dalam pertembungan lima penjuru atas tiket Bersatu.

Calon lain yang turut bertanding ialah Abdul Rahim Lasim (PCS); Musli Sapan (Warisan); Awang Arip [email protected] Arif Nasip (USNO) dan Janrywine J Lusin (LDP). 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ketua Bahagian Bersatu Papar (2020)
  • Ahli UMNO
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU DUN Sabah 16- P175 Papar N28 Kawang