Saddi Abdul Rahman

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman membuat kejutan apabila bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Anak jati Sukau ini berdepan pertandingan lima penjuru bagi mempertahan kerusi tersebut.

Empat pencabar lain ialah calon Jafry Ariffin (BN) yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan, Malaya Kasurah (PCS), Amrah Liwangsa (Warisan) dan Datuk Jakariah Janit (Gagasan).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa (2011-2018)
  • Pengerusi Innovation (PNG) Ltd (2008-2011)
  • Pengerusi Koperasi Pertanian dan Perikanan Kinabatangan Berhad (2007 hingga kini) 
  • Pengerusi Daneel Aquaculture Sdn Bhd (1995-1997) 
  • Timbalan Pengerusi Koperasi Kemajuan Perikanan, Ko-Nelayan Sabah (1994-1997)
  • Penolong Pegawai Daerah Oejabat Daerah Kinabatangan (1986-1988)
  • Pegawai Eksekutif, Pembekalan KOJASA Sdn Bhd (1983-1986)
  • Pegawai Perhubungan, Tanjung Aru Beach Resort Hotel (1983)
  • Penolong Pegawai Tadbir, Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (1978-1982)

Jawatan dalam parti:

  • Penyandang DUN Sukau 
  • Ahli Warisan (2019)
  • Naib Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan (2005-2008)
  • Bendahari UMNO Bahagian Kinabatangan (1997-1999)
  • Ketua Pemuda Bahagian Kinabatangan (1995-1997)
  • Exco Pemuda UMNO Sabah (1995-1997)
  • Pengerusi Biro Belia dan Sukan UMNO Sabah (1995-1997)
  • Ketua Pemuda BN Kinabatangan (1994-1998)
  • Ketua Cawangan UMNO Kinabatangan (1992 hingga kini)

Anugerah:

  • Ahli Darjah Kinabalu
  • Panglima Gemilang Darjah Kinabalu
     
Pendidikan:
  • SMK Sandakan (1972-1976)
  • SRK Kampung Sukau 
  • SRK Kampung Abai
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU DUN Sabah 16- P187 Kinabatangan N59 Sukau