Mary E Dumpangol @ Aminah Ambrose

Datuk Aminah Ambrose merupakan calon Bebas dalam pertarungan 11 penjuru bagi kerusi DUN Bengkoka.

Beliau merupakan isteri kepada Datu Amir Kahar Datu Mustapha yang juga menjadi calon Bebas dalam pertarungan tujuh penjuru di DUN Banggi.

Ketua Srikandi Bersatu Kudat ini memutuskan untuk bertanding atas tiket Bebas setelah nama digugurkan parti pada saat akhir.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dengan pelbagai pencapaian ini memulakan kerjaya politik apabila dilantik sebagai Bendahari Wanita USNO Pusat. 

Ketika UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah pada 1991, beliau dilantik menjadi Exco Wanita UMNO Malaysia (1991-1993).

Pada masa sama beliau turut memangku Ketua Bahagian Kota Marudu, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Marudu dan Ketua Perhubungan Wanita UMNO Sabah.

Seiring dengan senario politik ketika itu, Aminah kemudiannya menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) dan dilantik menjadi Timbalan Ketua Wanita PBS Pusat pada 1994 hingga 1996.

Beliau kemudiannya melepaskan jawatan dan keluar dari PBS sebelum menyertai UMNO empat tahun kemudian.

Pada tahun 2000, beliau terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Kudat dan turut dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Kudat.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengarah Urusan Amir Kahar Holding Sdn Bhd (2002)
  • Setiausaha Sulit kepada Tun Datu Mustapha Datu Harun (1983-1993)
  • Eksekutif Pentadbiran, Perkapalan Lauitan Biru Sdn Bhd

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Srikandi Bersatu Kudat
  • Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Kudat
  • Ketua UMNO Bahagian Kudat (2000)
  • Timbalan Ketua Wanita PBS Pusat (1994-1996)
  • Ketua Perhubungan Wanita UMNO Sabah
  • Timbalan Ketua UMNO Marudu 
  • Pemangku Ketua Bahagian Marudu
  • Exco Wanita UMNO Malaysia (1991-1993)
  • Bendahari Wanita USNO Pusat

Anugerah:

  • Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (2012)
  • Jaksa Pendamai (2011)
  • The Outstanding Humanitarian Service Award (2011)
  • The Outstanding Welfare Volunteer Award (2005)
  • The Outstanding Humanitarian Service Award (2003)
  • Mejar Kehormat Askar wataniah (1997)
  • Ahli Setia Darjah Kinabalu (1993)
Pendidikan:
  • Ijazah sarjana muda (Kelas Pertama) dari UNITAR, Selangor
  • Sains Kesetiausahaan, Stamford College Petaling Jaya, Selangor
  • Stamford College Singapura
  • St Francis Convent Secondary School
  • St Francis Convent Primary School
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU DUN Sabah 16- P167 Kudat N2 Bengkoka