Rekan Hussien

Datuk Rekan Hussien, 64, merupakan bekas pegawai perkhdimatan pendidikan dan bersara wajib pda 2016 dipilih oleh Parti Cinta Sabah untuk bertanding atas kerusi N 12 Sulaman menyaksikan perlawanan dua penjuru.

Anak jati Tuaran dilahirkan di kampung Serusup Tuaran. Penglibatannya dengan Badan Bukan Berkanun (NGO) bermula seawal usia 20an sehingga kini.

Pernah menjadi Duta Belia Sabah ke Semenanjung Malaysia dan pernah menjadi Ahli Majlis Daerah Tuaran.

Beliau juga aktif sebagai aktivis belia diusia muda dan dianugerahi Kepimpinan Belia Terbaik Sabah oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Bukan itu sahaja, beliau pernah menjadi ketua peserta belia kebangsaan sekali gus dinobatkan sebagai pemimpin berpotensi di peringkat Nasional oleh Pusat Belia Antarabangsa di Pertak Selangor.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas pegawai perkhdimatan pendidikan bersara wajib 2016

Jawatan disandang dalam badan bukan berkanun;

  • Yang dipertua Perkasa Sabah
  • Naib Presiden Perkasa Malaysia

Jawatan disandang dalam politik;

  • Ketua cawangan Tuaran PCS
  • Ketua Bahagian tuaran PCS
  • Naib Ketua Perhubungan PCS
  • Timbalan Ketua Bahagian PCS
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Cinta Sabah
Parti: PCS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU DUN Sabah 16- P170 Tuaran N12 Sulaman