Jafry Ariffin

Datuk Jafry Ariffin merupakan Setiausaha UMNO Sabah yang dilantik pada 2018.

Lulusan Universiti Islam Antarabangsa dan mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang Undang-undang.

Anak jati Sandakan, Sabah ini dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Felcra  Processing & Engineering Sdn Bhd pada 2014 hingga 2018.

Pada masa sama beliau turut menjadi Pengerusi Felcra Bina Sdn Bhd.

Beliau berbangsa Sungai iaitu salah satu daripada kaum asli di Sabah. 

Suku ini digolongkan dalam kelompok suku kaum Kadazan-Dusun disebabkan mereka berkongsi adat resam dan bahasa yang hampir serupa. 

Turut dikenal sebagai Orang Sungai kebanyakannya menetap di daerah Kinabatangan, Beluran, dan Kota Marudu.

Pencapaian
Kerjaya:

Politik

  • Setiausaha UMNO Sabah (2018 hingga kini)
  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan (2008 hingga kini)
  • Setiausaha UMNO Bahagian Kinabatangan (1995-2008)

Kerjaya

  • Pengerusi Felcra Bina Sdn Bhd (2014-2018)
  • Ahli Lembaga Pengarah Felcra  Processing & Engineering Sdn Bhd (2014-2018)
  • Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kinabatangan (2003-2006)
  • Timbalan Pengerusi Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (1998-2000)
  • Ahli Majlis Daerah Kinabatangan (1995-2003)
  • Pegawai Kawasan Yayasan Sabah (1995-1996)
  • Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Borneo (1990)
Pendidikan:
  • Ijazah sarjana Muda Undang-undang (LLB), UIA (1985-1989)

  • Sekolah Menengah (U) Al-Ihsan, Kuantan, Pahang

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU DUN Sabah 16- P187 Kinabatangan N59 Sukau