Mohamad Hamsan Awang Supian

Barisan Nasional mempertaruhkan calon muka baharu iaitu Mohamad Hamsan Awang Supian bagi mengantikan penyandang kerusi DUN Sungai Sibuga iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman setelah namanya gugur dalam pengumuman senarai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Kerusi DUN Sungai Sibuga disandang Musa sejak 1994.

Mohamada Hamsan merupakan timbalan presiden majlis perbandaran Sandakan pada 2011 hingga 2019 dan kini menceburi bidang politik setelah dicalonkan atas tiket Parti Barisan Nasional (BN).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Setiausaha Majlis Perbandaran Sabah (1997-2011)
  • Timbalan Presiden Majlis Pembandaran Sandakan (2011-2019)
  • Pegawai Mahkamah Anak Negeri Sandakan

Jawatan disandang dalam badan bukan berkanun;

  • Timbalan Pengerusi PEMADAM Daerah Sandakan
  • Pengerusi Jawatankuasa dakwah Daerah Sandakan
  • Pengerusi Jawatankuasa Majlis Daerah Sandakan
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU DUN Sabah 16- P184 Libaran N52 Sungai Sibuga