Musli Sapan

Memiliki pengalaman 36 tahun dalam sektor pengurusan pembinaan ketika berkhidmat di Sabah Urban Developmen Corporation (SUDC) membuatkan calon Warisan DUN Kawang ini yakin menang dalam pertembungan lima penjuru di kawasan berkenaan.

Musli Sapan, 61, memiliki Ijazah Sarjana  Sains Politik dari Universiti Terbuka Malaysia.

Walaupun ramai netizen mempertikaikan pencapaian akademiknya namun Musli menerima dengan hati terbuka dan tetap meneruskan kempen dari rumah ke rumah.

Bagi merebut kerusi DUN Kawang beliau berhadapan dengan Datuk Ghulamhaidar @Yusuf Khan Bahadar (PN); Abdul Rahim Lassim (PCS); Awang Arip [email protected] Arif Nasip (USNO) dan Janrywine J Lusin (LDP).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Pengurus Besar SUDC (2015 bersara)
  • Ketua, Bahagian Akaun, Pentadbiran dan Sumber Manusia, Jualan dan Pemasaran dan Projek SUDC
  • Kakitangan Jabatan Perangkaan (1976)
  • Kakitangan Jabatan Pertanian (1977)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Sains Politik, Universiti Terbuka Malaysia (2018-2019)
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dan Perniagaan, Institut Bolton, United Kingdom (2001-2002)
  • Diploma Pengurusan Pentadbiran, Kolej Teknologi dan Seni Devon Selatan, United Kingdom (1986-1987)
  • Maktab Sabah, Kota Kinabalu (1974)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU DUN Sabah 16- P175 Papar N28 Kawang