Aliasgar Basir

Beliau dilahirkan 25 Februari 1960 mewakili Parti Warisan dan kini menetap di Tuaran Sabah.

Ayah beliau Basri Mohiddin dan Ibu bernama Siti Ramlah Kawi mempunyai 12 orang anak.  Datuk Aliasgar merupakan anak kedua dan telah berkahwin dengan Datin Hajjah Jumiah Ele serta dikurniakan 5 cahaya mata.

Aliasgar aktif di dalam politik sejak zaman universiti lagi dimana beliau menganggotai pelbagai pergerakan pelajar seperti Persatuan Mahasiswa Amerika Utara (PEMAU) yang merangkumi Amerika dan Kanada. Aliasgar merupakan Presiden bagi PEMAU pada tahun 1985

Selepas tamat pengajian, pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-8, ketika berumur 29 tahun, Aliasgar telah di letakkan oleh parti BERJAYA untuk bertanding dalam pertandingan 7 penjuru di kerusi Negeri N11 Sulaman yang terletak di bawah kawasan Parlimen P137 Tuaran tetap tewas.

Karier politik beliau sangat dipengaruhi dengan persekitaran kekeluargaan beliau yang sangat mementingkan persepaduan kaum yang diseimbangi dengan politik. Abang sulung beliau Zamani Hj. Basri dan adiknya Madaile Hj. Basri turut berkecimpung dalam arena politik sejak dahulu lagi. Beliau dan ahli keluarganya sangat dekat masyarakat secara amnya.

Aliasgar merupakan ahli aktif Majlis Belia Malaysia pada sekitar 1990an pada waktu beliau mula aktif di dalam senario politik nasional.

Beliau juga merupakan ahli aktif untuk Pertubuhan Alumni UMS dan sekarang memegang jawatan Timbalan Presiden II.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Ketua Pengarah bagi Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) (1994)
  • Ketua Pengarah bagi Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat, UPKR (1996)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Pengasas Kelab UMNO di Amerika
  • Exco Kelab UMNO Carbondale di Amerika (1983)
  • AJK Penaja UMNO Sabah (1991)
  • Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Tuaran
  • Ketua Penerangan UMNO Sabah (1999)
  • Ahli Majlis Tertinggi Pemuda UMNO Malaysia (2000)
  • Ketua Pemuda Umno Bahagian Tuaran (1998-2001)
  • Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tuaran (2004-2007)
  • Setiausaha Biro Latihan UMNO Sabah (2007)
  • Ahli Jawatan Kuasa Biro Latihan UMNO Malaysia (2007)
  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tuaran (2010)
Pendidikan:
  • SK Serusup Tuaran (1965)
  • SMK Tuaran (1971)
  • St John Secondary School, Tuaran (1972-1976)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Pentadbiran Perniagaan) Southern Illinois University (1985)
  • Sarjan Petadbiran Perniagaan Univerisiti Malaysia Sabah (2004) 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU DUN Sabah 16- P170 Tuaran N12 Sulaman