Abdul Bakhrin Mohd Yusof

Abdul Bahkrin Mohd Yusof atau lebih dikenali cikgu Bakhrin adalah calon Parti Warisan Plus berdepan 'pemimpin otai' seperti Datuk Seri Salleh Tun Said pada pertembungan tiga penjuru di DUN Usukan.

Beliau berasal dari Kampung Lebak Moyoh merupakan mantan pegawai pendidikan daerah Kota Belud.

Graduan Universiti Islam Antarabangsa pernah menerima anugerah tokoh Maulidur Rasul pada 2018 dan tokoh kepimpinan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Belud pada tahun 2019.

Anak jati Usukan yakin akan membawa kemenangan di kerusi DUN Usukan selepas melihat sejarah kemenangan calon Warisan Isnaraissah Munirah pada Pilihan Raya Umum ke 14 menewaskan Salleh Said Keruak dari Barisan Nasional di Parlimen Kota Belud.

Pencapaian
Kerjaya:

Jawatan dalam pentadbiran;

  • PPD Kudat 5 tahun
  • PPD Kota Belud 9 tahun
  • Guru sekolah selama 7 tahun
  • Penolong pegawai bahagian gabungan Kota Belud 14 tahun

Jawatan disandang dalam politik;

  • Pengasas Persatuan Samah Sabah (PPS)
  • Persatuan Samah Kota Belud (1990)
  • Penasihat Jemaah Masjid Limatok (kini)
Pendidikan:
  • Sijil bimbingan kaunseling (Maktab Perguruan Ilmu Khas)
  • Diploma Perguruan (Maktab Kent)
  • Ijazah BA English & Literature Universiti Islam Antarabangsa
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU DUN Sabah 16- P169 Kota Belud N10 Usukan