Darell Leiking

Maklumat Diri

Ahli Parlimen bagi kawasan Penampang, Sabah. Beliau juga merupakan bekas penyandang jawatan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Anak kelahiran Penampang Sabah ini dilahirkan pada 23 Ogos 1971 dan pernah menyertai Parti Keadilan Rakyat (2013–2016) dan beralih kepada Parti Warisan Sabah pada 2016 sehingga kini. 

Semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), beliau bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menang ke atas Bernard Giluk Dompok dari Barisan Nasional.

Kemudian pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), beliau sekali lagi bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah berjaya menewaskan sepupu beliau, Ceasar Mandela Malakun dari Barisan Nasional.
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Presiden Parti Warisan (17 Oktober 2016 –kini)
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (2 Julai 2018 – 24 Februari 2020)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU DUN Sabah 16- P174 Penampang N26 Moyog

Video Berkaitan Darell Leiking