Wong Siew Ki

Maklumat Diri
Tarikh lahir
17/5/1986

Wong Siew Ki memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 9 September 2018 dengan majoriti undi sebanyak 18,533.

Beliau memperoleh sebanyak 22,508 undi sekali gus menewaskan calon MCA, Tan Chee Teong dengan jumlah 3,975 undi.

Di peringkat parti, Siew Ki, merupakan Pengerusi DAPSY Serdang dan kemudian dilantik menjadi Ahli Majlis Subang Jaya.

Selain itu, Siew Ki pernah menjadi setiausaha politik untuk Ean Yong Hian Wah pada tahun 2013 dan tahun berikutnya memutuskan untuk menyertai DAP.

Sebelum bergelar wakil rakyat, beliau merupakan seorang guru tuisyen selepas mendapat kelayakan akademik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam Ijazah Sarjana Sastera (Pengkhususan Bahasa Mandarin).

Aktif menegakkan keadilan dan lantang bersuara, beliau pernah menghasilkan dokumentari bertajuk 'Jatuh' pada tahun 2012, yang memaparkan kejadian kematian Teoh Beng Hock yang berlaku pada tahun 2009.

ARTIKEL BERKAITAN:

ADUN pembangkang, kerajaan Selangor senada mahu DUN bersidang

'Lockdown' fasa pertama terlalu longgar, tiada beza PKPB, PKPP

Kajang, Hulu Langat dilanda banjir kilat

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Balakong (2018 hingga kini)
  • Ahli Majlis Subang Jaya
  • Setiausaha Politik kepada  Ean Yong Hian Wah (2013)
  • Guru tuisyen 

Jawatan disandang dalam politik:

  • Pengerusi DAPSY Serdang
  • Timbalan Wanita DAP Serdang
  • Setiausaha Publisiti DAPSY Selangor
  • Timbalan Setiausaha Wanita DAP Selangor
Pendidikan:

Pencapaian akademik:

  • Ijazah Sarjana Sastera (Pengkhususan Bahasa Mandarin)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P102 Bangi N27 Balakong

Video Berkaitan Wong Siew Ki