Mohamad Hanif Haron

Calon PAS N06 Dun Teluk Ayer Tawar

Seusai pengajiannya, beliau dilamar untuk menjadi Mudir Darul Hadis Pulau Pinang yang kini dinamakan Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang..

Selain menjadi pengkuliah dan penceramah disekitar negeri Pulau Pinang, beliau turut aktif menjalankan Pengajian Kitab Turath, iaitu pengajian kitab-kitab lama menerusi Majlis Ta'lim Darul Hadis Pulau Pinang di dalam Kuliah Dhuha tetap setiap pagi Sabtu.

Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P42 Tasek Gelugor N6 Telok Air Tawar

Mendapat pendidikan agama awal di Maktab Mahmud Kuala Muda dan melanjutkan pendidikan agamanya di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Usuluddin & Pengkhususan Hadis.

Beliau telah bertalaqqi bersama para Masyaikh Al-Azhar As-Syarif dan mendapat kepercayaan & keizinan mereka untuk menjadi salah seorang anak bangsa Malaysia yang pertama untuk mengajar di Masjid Al-Azhar As-Syarif, Mesir menggunakan kitab Mustholah Hadis (Matan Baiquniyah).

Bukan calang-calang jika seseorang itu di berikan keizinan oleh Masyaikh Al-Azhar untuk mengajar di Masjid Al-Azhar As-Syarif, Mesir..

Beliau banyak membantu mahasiswa & mahasiswi di Mesir dengan kuliah-kuliah dan kelas Tafaqquh Fiddin..