KHALIQ MEHTAB MOHD ISHAQ

Maklumat Diri
Tarikh lahir
25/6/1976
Pasangan
Nor Azizurahmah Abdul Aziz
Anak
3

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq menyandang ADUN Bertam selama sepenggal selepas pertama kali menang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Keluarga kacukan Cina ini memberi kelebihan buat Khaliq untuk mempelajari bahasa Hokkien sejak dari kecil malah ketampanan, kefasihan berbahasa Hokkien adalah kerana ibu bapanya.

Ibunya berketurunan Cina dan berasal dari Green Lane, Pulau Pinang, sementara arwah bapanya, berketurunan Melayu, dahulu bekerja sebagai jurutrengkas di jabatan kerajaan di Alor Setar, Kedah.

Beliau telah berkahwin dan dikurniakan tiga anak.

Peguam kes jenayah selama 20 tahun berkecimpung dalam dunia undang-undang, merupakan ahli parti Bersatu dan membuat keputusan untuk menyertai Bersatu pada Oktober 2016.

Beliau juga menarik sokongan terhadap pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) pada 24 Februari 2020 dan menyatakan pendirian untuk bersama parti Bersatu serta menyokong kepimpinan presiden merangkap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada PRU14, Khaliq daripada PH menang dengan memperoleh 6,485 undian ketika menentang Shariful Azhar Othman daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 6,268 undi dengan majoriti undi sebanyak 217.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Bertam (2018-kini)
  • Peguam 
  • Jurutrengkas

Lantikan Pengerusi:

  • Pengerusi Lembaga Perda (Mei 2020-kini)
Pendidikan:
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P41 Kepala Batas N2 Bertam