ZAIS MOHD AKIL

Zais Mohd Akil merupakan calon dari PKR di Dun Semarang.

Tokoh veteran ini adalah anak kelahiran Johor yang berusia 69 tahun. Beliau merupakan bekas Pengetua Maktab Sultan Abu Bakar atau terkenal dengan nama English Collegge di Johor Bahru.

Beliau juga merupakan pendidik yang pernah menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan bekas Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan di Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Bukan itu sahaja, Zais memiliki pengalaman luas dalam bidang pendidikan pernah dilantik menjadi Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Bekas Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid (JPNJ)
  • Bekas Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (JPNJ)
  • Bekas Pengetua Maktab Sultan Abu Bakar
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P148 Ayer Hitam N20 Semarang