CHEMAN YUSOH

Cheman Yusoh yang diumumkan sebagai calon di N16 Sungai Balang mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum ke 14 bagaimanapun tewas dengan Barisan Nasional.

Bekas guru besar sekolah juga akur apabila anak sulungnya,  Mohamad Taqiuddin pernah menjadi calon Amanah di DUN Pulai Sebatang.

Bapa kepada tujuh cahaya mata ini pernah menjadi guru di SK Raja Muda dari 1978 sehingga 1995, sebelum ditukarkan ke SK Sening Kota Tinggi memegang jawatan guru besar pada 1997 hingga 2001.

Kemudian pada 2001, beliau dipindah ke SK Mawai Kota Tinggi, pada 2007 di SK Felcra Bukit Kepong dan 2008, Cheman dilantik sebagai guru besar di SK Parti Keroma Darat Muar sehingga 2015.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Guru besar SK Parti Keroma Darat Muar (2008-2015)
  • Guru besar SK Felcra Bukit Kepong (2007-2008)
  • Guru besar SK Mawai Kota Tinggi (2001-2006)
  • Guru besar SK Sening Kota Tinggi (1997-2001)
  • guru SK Raja Muda (1978-1995)

Terlibat dalam kerjaya;

  • Persuruhanjaya pengakap Muar
  • Pengerusi Aktiviti Perkhemahan unit beruniform Sekolah Rendah Negeri Johor
  • Ketua Kontigen Pengakap Johor ke Langkawi International Jamboree
  • Penceramah motivasi keibubapaan
  • Pengerusi Koperasi Pengangkap Muar 
Pendidikan:
  • Diploma pendidikan
  • Sijil pengurusan
  • Sijil Tinggi Pelajaran
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P146 Muar N16 Sungai Balang