Suraya Yaacob

YB Suraya Yaacob merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Pendang, Kedah. Beliau merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia, Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia dan merupakan Presiden (Penaja) MAYC Kebangsaan. Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Kedah.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pada 31 Januari 2008, di dalam Majlis Anugerah Belia Negara Malaysia 2007, beliau dinobatkan Tokoh Belia Wanita 2007 bersama-sama dengan Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang dinobatkan Tokoh Belia Lelaki 2007.
Pendidikan:
  • Berpendidikan dari University Of Wales College Of Cardiff (Law Horns) dan (Barrister – At-Law-Lincoln’s Inn).
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P11 Pendang N19 Sungai Tiang
  • PRU12- P11 Pendang N19 Sungai Tiang
  • PRU13- P11 Pendang N19 Sungai Tiang
  • PRU14- P11 Pendang N19 Sungai Tiang