Kapten (B) Najib Lep merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir, bertanding di atas tiket PAS.
Pesara tentera ini pertama kali dicalonkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 telah menunjukkan taringnya setelah menang dengan majoriti 1,883 dengan calon Barisan Nasional, Noriah Mahat.
Najib juga satu-satunya wakil Pas di Johor yang menang pada PRU ke 14 terus komited menggalas tanggungjawab dan gerak kerja demi keselesaan penduduk sekitar Bukit Pasir.