KARMAINE SARDINI

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 67, pernah dicalon Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada 2019.

Karmaine, merupakan bekas guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang, Tanjung Piai, sebelum meneruskan pelajaran dalam bidang seni bina di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Beliau kemudian berkhidmat sebagai arkitek di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari tahun 1980 hingga 2000.

Sebelum menjadi Ketua Bahagian Bersatu, Karmaine pernah menjadi Bendahari UMNO Tanjung Piai sebelum meninggalkan parti itu.

Pada Pilihan Raya Umum kali ke 14 , beliau telah bertanding di kerusi Parlimen Pontian, namun tewas kepada Datuk Seri Ahmad Maslan dari Barisan Nasional.

Ahmad menang tipis dengan memperoleh 21,232 undi, manakala Karmaine meriah 20,299.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Arkitek di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  (1980-2000)
  • Guru sementara di Sekolah Kebangsaan Tanjung Buai Kota Tinggi & SMK (1973-1977)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai 
  • Bekas Bendahari UMNO Tanjung Piai 
Pendidikan:
  • Diploma Lanjutan Seni Bina (1981-1984) Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Diploma Seni Bina (1973-1977) Universiti Teknologi Mara
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Kerang Pontian (1966-1971)
  • Sekolah Kebangsaan Telok Kerang Pontian (1960-1965)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P164 Pontian
  • PRU14- P165 Tanjung Piai

Kerusi Bertanding DUN: Tiada