Onn Hafiz Ghazi

Datuk Onn Hafiz Ghazi dilantik EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan selepas menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Layang-layang sekali gus merangkap ADUN Layang-layang sejak 2018.

Bapa kepada empat anak ini dilahirkan di Simpang Renggam, Johor dan melanjutkan pelajaran di Universiti of Hertfordshire, United Kingdom dengan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor memulakan kerjayanya di Price Waterhouse Coopers (PWC) pada 2001 kemudian memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif KMB Educational Service Sdn.Bhd pada 2004 selama sembilan tahun.

Onn Hafiz yang juga anak saudara kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali gus akan meneruskan legasi perjuangan pengasas dan Presiden UMNO terdahulu, Datuk Onn Jaafar.

Cicit Allahyarham Onn Jaafar berusia 42 tahun telah berkecimpung dalam dunia politik apabila menyertai Pemuda UMNO Sembrong pada 2006 dan menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK).

Seterusnya diangkat sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Sembrong pada 2008 hingga 2012 sebelum dilantik Ketua Pemuda UMNO Sembrong selama tujuh tahun.

Kemudian di peringkat Pemuda Malaysia, beliau menang pertandingan merebut kerusi EXCO Pemuda UMNO pada 2012 hingga 2018.

ARTIKEL BERKAITAN
Terserah kepada MB untuk bubar DUN

Mohon bubar DUN jika cukup kerusi: Onn Hafiz
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ketua Pegawai Eksekutif KMB Educational Service Sdn.Bhd (2004-2012)
  • Price Waterhouse Coopers (PWC) (2001-2008)

Jawatan kerajaan;

  • EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan (2020-kini)
  • Setiausaha politik kepada Menteri Pertahanan (2013-2018)

ADUN 

  • ADUN Layang-layang (2018-kini)

Jawatan disandang dalam politik;

  • EXCO Pemuda UMNO pada 2012 hingga 2018
  • Ketua Pemuda UMNO Sembrong (2012-2018)
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Sembrong (2008-2012)
  • AJK Pemuda UMNO Sembrong (2006-2008)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti of Hertfordshire, United Kingdom
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P151 Simpang Renggam N27 Layang-Layang

Video Berkaitan Onn Hafiz Ghazi