MOHD SOLIHAN BADRI

Maklumat Diri
Tarikh lahir
14/8/1956
Anak
2 anak

Mohd Solihan Badri adalah ahli politik dari Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) merangkap ADUN Tenang. 

Beliau telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dalam persaingan tiga penjuru.

Pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, beliau daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 7,645 undian ketika menentang Mohd Azahar Ibrahim daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 6,575 undi. Majoriti undi sebanyak 1,070.

Telah dilantik sebagai EXCO Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor ketika Sahruddin Jamal menjadi Menteri Besar Johor pada 2019.

Mohd Solihan juga merupakan Setiausaha Bersatu Johor mempunyai kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM) tahun 1990.

Dalam peringkat politik negeri, beliau kini menyandang jawatan Ketua Penerangan Bersatu Johor dan AJK Perikatan Nasional (PN) Johor.

Beliau sebelum menjadi wakil rakyat pernah bertugas sebagai Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selama dua tahun.

Selain itu, beliau pernah dilantik Setiausaha Sulit Menteri Pertanian dan Industri Tani tahun 2004 hingga 2007 yang kini merupakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Bukan itu sahaja, Ketua Bersatu Bahagian Ledang ini pernah berkecimpung dalam dunia media selepas menjadi wartawan dan penyunting eksekutif Berita Harian dan Harian Metro pada tahun 1984 hingga 1997 sebelum memilih kerjaya Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kewangan II Datuk Mustapa Mohamed tahun 1998 hingga 1999.

Beliau juga pernah bertugas sebagai pembantu perubatan di Hospital Besar Johor Bahru dan Hospital Besar Muar sekitar tahun 1972 hingga 1982, kemudian bertukar kerjaya sebagai pegawai eksekutif Jabatan Ukur Negeri Melaka tahun 1982 hingga 1984.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kontraktor projek jajaran laluan SDE diberi notis batal kontrak

PRU15: Pertahan Pagoh, tidak beri laluan mudah kepada PKR

RM48 juta baiki kerosakan infrastruktur akibat banjir

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengerusi JawatanKuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor (2019 hingga kini)
  • ADUN Tenang (2018 hingga kini)
  • Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ((1 April 2009 hingga 31 Mac 2011)
  • Penasihat Projek Daya Communications Sdn. Bhd. (Januari 2008 hingga Mei 2009)
  • Setiausaha Sulit Menteri Menteri Pertanian & Industri Asas Tani (Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin) (2004 hingga 2007)
  • Pengarah & Pengarang Malaysia News Supplement Sdn. Bhd. (2000 hingga 2001)
  • Setiausaha Akhbar Menteri Kewangan II (Datuk Mustapa Mohamed) (1998 hingga 1999)
  • Wartawan/Penyunting Eksekutif BeritaHarian/Harian Metro (1984 hingga 1997)
  • Pegawai Eksekutif JabatanUkur Negeri Melaka (1982 hingga 1984)
  • Pembantu Perubatan Hospital Besar Johor Bahru dan Hospital Besar Muar, Johor (1972 hingga 1982)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Negeri Johor (2019 hingga kini)
  • Ketua Penerangan Bersatu Johor (kini)
  • AJK Perikatan Nasional (PN) Johor (kini) 
  • Ketua Bersatu Bahagian Ledang
Pendidikan:

Pencapaian akademik:

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial USM (1990)
  • Sijil Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (1979)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P142 Labis N5 Tenang

Artikel Berkaitan MOHD SOLIHAN BADRI

    Video Berkaitan MOHD SOLIHAN BADRI