Sulaiman Mohd Nor

Maklumat Diri
Telefon
07-943 2488
Email
[email protected]
Asal
Klang, Selangor

Berkecimpung dalam bidang akademik sehingga memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik bukan halangan untuk Sulaiman Mohd Nor terjun ke arena politik.

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menjadi titik permulaan buat beliau mengorak langkah lebih jauh dalam dunia politik. 

Sulaiman menang dalam merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemelah di bawah Parlimen Sekijang, Johor dalam pertemuan satu lawan satu dengan majoriti undi 2,355.

Bekas pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM, Skudai ini mewakili parti Pakatan Harapan (PH) memperoleh 10,836 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN),  Anuar  Abd Manap yang mendapat 8,481 undi. 

Lahir di Klang, Selangor, beliau mengikuti pengajian peringkat sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Elektronik University of Sheffield, United Kingdom pada 1982.

Sulaiman kemudian menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Sistem Komputer di Cranfield Institute of Technology, United Kingdom.

Sebaik pulang berkhidmat di tanah air sendiri, beliau dilantik sebagai Pengurus Teknologi Maklumat Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM.

Beliau pernah dilantik sebagai ketua  projek penyelidikan yang berjumlah RM800,000 berkaitan teknologi maklumat dan elektronik.

Atas khidmatnya yang cemerlang, beliau menerima beberapa anugerah daripada pihak universiti.

Kecemerlangannya dalam akademik turut didokumenkan dengan terhasilnya lebih 100 artikel yang diterbikan dalam jurnal penyelidikan, makalah dan laporan.

Kebolehannya turut mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Wakil Akademik Malaysia anjuran UNESCO Jakarta berkaitan Penggunaan Kajian dan Pendidikan Jalinan Komunikasi dan Teknologi Maklumat untuk Pendidikan Tinggi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah
  • Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM, Skudai, Johor
  • Timbalan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UTM
  • Felo Penyelidik Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UTM
  • Pengurus Teknologi Maklumat Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM

Anugerah Kebesaran:

  • Anugerah Jasa Setia (2012)
  • Anugerah Khidmat Cemerlang (2006)
  • Anugerah Jasa Bakti (2002)
  • Anugerah Khidmat Cemerlang (2001)
  • Anugerah Kepujian Universiti (1996)
Pendidikan:
  • Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UTM (1996)
  • Sarjana Sistem Komputer, Cranfield Institute of Technology, United Kingdom (1988)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik, University of Sheffield, United Kingdom (1982)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P141 Sekijang N4 Kemelah

Artikel Berkaitan Sulaiman Mohd Nor

    Video Berkaitan Sulaiman Mohd Nor