Calon Barisan Nasional dari parti MCA bagi DUN Jemetah, Chiam Yok Meng merupakan penolong setiausaha MCA Bahagian Segamat.
Beliau juga pernah dilantik Ketua Pemuda MCA Bahagian Segamat merangkap penolong setiausaha organisasi Pemuda MCA Johor pada 2008 hingga 2013.
Mengorak langkah ke hadapan, selain terlibat dalam politik, beliau juga aktif dalam pertubuhan Bukan Kerajaan.
Antara jawatan yang dipegang seperti, ahli jawatankuasa tanah perkuburan orang Cina Gemas Baru dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKC Kuo Min Gemas pada selama setahun.
Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Methodist, beliau pernah dilantik pengerusi jawatankuasa perwakilan penduduk Gemas Baru Zon 13 sejak 2015 hingga 2018.